Wednesday, December 29, 2010

angankan jacob

dear jacob (twilight),

kotak rokok(dan rokok) n lighter aku dah tak terusik berbulan-bulan. bukan tak teringat. tapi biarlah dia di situ. aku belum ade selera untuk menyalakan apa-apa bara setakat ini. if tuk membakar rokok pun aku tak selera, ini kan pulak nak mengemas baju-baju dalam almari yang berselerak dengan kotak-kotak n baju baju. aku yakin kan diri aku, satu hari aku hanya perlu humbankan semua dalam kotak. hidup aku hanya dengan dua kotak. hidup aku mampu di bungkus dalam dua kotak dan aku mampu merantau semua tempat dan barang aku hanya dua kotak. 

preparation untuk duduk termangu dua minggu lagi dah di plan. untuk duduk termangu pun, aku kene plan bila tarikhnya. orang yang 24 jam kerjanya memang begini. semua d rancang awal. 

susah untuk bencikan hidup yang aku ada sekarang. susah kerana aku tak ade hidup yang lain. ini satu hidup aku. ini lah yang aku sayang, inilah yang aku maki, inilah yang puja. inilah dia intan payung. inilah hidup aku. tak gitu?


pixie time!!



No comments: