Thursday, November 25, 2010

noTe G - one/one

Nama dan watak di dalam cerita ini tiada kaitan antara yang belum hidup dan mahupun yang telah meninggal dunia/mati.

Kebenaran dari satu jam yang lepas, noTe G telah menceriakan dirinya dengan Crooked Teeth dari Death Cab For Cutie hampir 17 kali. HAMPIR 17 KALI! Satu bait dari lirik lagu itu tidak ada berkaitan dengan noTe G, tetapi dia berharap benar untuk menghadap situasi sama seperti rangkap lagu itu. Supaya dapat dirasainya sendiri kekayaan perasaan sebagai seorang manusia. noTe G tidak dapat melihat rohnya, tapi dari refleksi yang tercipta dari hatinya di tokok tambah lagi dengan akalnya dapat dirasakan yang hidupnya seperti ketenangan awan yang meredupkan pelukis jalanan yang tak punya sekaki payung. noTe G menghabiskan sisa satu jam itu dengan perasaan senang yang tidak pernah lekang dari hatinya. 

noTe G kembali melihat 'chat tools', Skype. Cuba mencari apa-apa yang mampu menaikkan lagi suhu bahagianya, dan diarahkan 'cursor'nya membulat-bulatkan nama aGent 30. aGent 30. aGent 30 telah mempertemukan dirinya kepada noTe G pada suatu keadaan yang tidak tenteram pada bulan Nobember, tahun yang lepas. Keadaan kucar-kacir sewaktu di balai berlepas KLIA menjadi memori padu bagi noTe G buat masa kini. noTe G semahunya dan bersemangat untuk menjadikan ianya memori padu untuk masa depan. 'But', noTe G tahu hatinya akan shuffle bila mula berfikir ke arah esok. aGent 30 juga mempunyai rasa yang sama jika terfikir tentang esok. Gambaran terhadap perasaan ini sama seperti Indonesians yang diterjah oleh pihak yang menjadi berkuasa hanya kerana uniform dan sebatang riffle sebagai pendinding diri. Terus berkumandang lagu Seven - Sunny Day Real Estate yang mengikut rentak hati yang sudah gelabah.

conT~

No comments: