Payah untuk kawal perasaan. Wajah aku seakan topeng kosong yang mampu untuk auto-generate senyuman dan ketawa agar bersesuai dengan keadaan. Cuba pandang aku yang sedang berjalan menuju ke tempat kerja. Blank. Kerana waktu itu misi aku hanya satu. Untuk cepat-cepat sampai. Bila pulang, dari kerja, aku mula hilang arah. Tapak kaki ini harus terarah ke mana? Jiwa yang lapar ini mahu dikasi apa. Aku teringin pandang sesuatu yang mempu membuat aku tenang, yang mempunyai nilai di mata aku dan bukan di mata orang lain.
Hati aku yang satu ini kadang kala rasa kebas. Rasa tidak bergerak. Rasa lemas dengan rasa kosong.
No comments:
Post a Comment