like wooo... and booo!! ekin hired me to be the official photographer for her engagement day. cewah, cam la ekin tu artis kan sampai nak ade official photographer. hihi. but dia memang famous ma. orang santek kan. so as her friends, aku juga di perlukan untuk siapkan apa-apa yang tak siap.
my day as her friends bermula pukul 3:30pm when she fetched at the hotel and terus balik rumah dia untuk siapkan pelamin. sekarang tunang pun nak pelamin. atoiii.. from zero aku and ekin mula decorate, panjat sana sini bagai, tampal sana sini. theme dia mestilah pink and pink only. sakit mata tengok pink. aku ni hardware ketuk mengetuk tau la. nak menghias ni adumak... agak susah la. tapi mengenangkan she is ekin and she is d only female frens yang aku rapat since college sampai sekarang, aku gagahkan jua. tak sangka la plak sume menjadi. tak de la cantik cam yang ditempah dengan arga beriban. sume pun DIY. very simple. tapi sangat comel je. sume benda terletak. lampu panjang warna putih jadi warna pink. background langsir wane putih kosong, jadi wane putih bling2. hahaha. nasib baik la hantaran sume dia dah siapkan semua. so ke'pakaran' aku memang tak d perlukan.
dan esoknya plak aku start jadi driver and photographer. pegi amik cake hantaran, amik cupcakes, pegi rumah make up artist. make up sahaja dah sejam. pergh.. berapa layer punya bedak pun aku tak tau la. aku ngan ain (adik ekin) terkebil2 tengok dia kena make up. mak ekin da kol bertalu2 mencari anak di mana jua. abis je make up aku pon zooomm anto dia balik umah. kena amik gamba antaran sume, amik gambar ekin n frens, ekin n cousins, ekin and aunties, ekin and neighbours, ekin alone. aku da lame gila tak pegang camera. aperture, ISO kejadah banyak aku da lupe. naseb bek aku sempat bega2 masa dalam kereta. aku ingat nak guna auto je, Alhamdulillah betul sebab aku sempat figure out balik and gune manual. bukan bangga tapi sedikit proud la. hahah. bukan bangga ke tu? bia ah!!
pastu kecoh plak kat lua kata rombongan da sampai. aku kena amik gamba dorang bawak dulang. tetibe Zul ada? what?????????? tetibe dari tak bercakap da bape abad, aku ngan zul tetibe je mesra bukan main. kawan2 mike (tunang ekin) and zul pun tekejut je tengok aku. "macam kenal je" dorang kata. pastu dorang nampak aku pakai inai. so diorang ingat aku ngan zul da bertunang. wah! sesuka je.
dari pagi tak makan, so dalam kol 4 tu aku tak kira, aku nak makan jugak. so aku p la bawah khemah. tetibe aku kenal plak brother cathering ni. dulu dia bukak kedai nasi lemak kat area rumah aku and ekin (aku ngan ekin kenal kat college, lepas kenal kat college, baru kitorang tau yang kitorang ni berjiran. orang bando... hak tuih). so borak2 la kejap. kbetulan zul plak duk ade je kat sbelah aku. nak tolong amik air, nak teman aku makan sume. pastu brother cathering ni tanya 'dah kawen ke?'.... -_-!! laju je aku jawab 'tak la. belum lagi'. ini sume punca inai aku pakai la ni! pastu aku pakai cincin jed ni plak kat jari manis aku. tapi lantak la.
then dalam nak kol 5 tu, ekin nak amik gamba outing kat garden. aku pun suggest pegi pandan perdana je. sebab mak ekin pun xnak die keluar lama2. tetamu ramai lagi. da lama amik gamba tu, tetibe ade couple pengantin ni baru sampai. nak amik gambar gak. pastu kitorang tengok photographer dia. walaweh!! lens nak gempak kan. camera nak best. so aku ngan ekin, mike and onne (kawan mike) ape lagi "jom cabut weh. blah blah blah!". kite ni kan beginner je. macam katak punya telur, belum jadi berudu pun lagi. lagipun aku buat pun free je. cam ntah pape je nak suruh ekin bayar. if aku gune camera aku tak pe gak. ni diorang yang sponsor camera dslr tu. bagi makan lagi. nak edit aku ok je, tapi aku tau dorang lagi banyak masa dari aku. so aku cakap "korang kan suke edit, korang edit la sendiri". hihihi. lagipun diorang dah tengok pix2 tu and puas ati la ngn gamba2 aku amik tu. tak tau la if dorang saja jaga ati aku kan. dudududu....
so kesimpulannya if jadi photographer ni memang agak penat la. pastu tak leh mingle around sangat, tak shiok kan. jumpa zul pon sekejap je sebab kena amik gamba lagi. tsk. hihihi tata
No comments:
Post a Comment